Wednesday, 5 March 2014

Perpisahan

Assalamualaikum,

Perpisahan memang menyakitkn tetapi percayalah tak semua perpisahan sakit. Ade kala Allah menguji, dan ada kala Allah membuka mata kite untuk lihat org yg kite percaye dan sayang. Siapa mereka sebenarnye, siapa keturunannya, apa matlamat hidupnya. Allah ade semuanye. Syukur aku diberi amaran awal drpd Allah, Dia telah membuka mataku untuk melihat perkara yg sebenar benarnya. Ternyata kawan yg selama ini yg aku sayang, yg aku sanjung bukanlah kawan yg terbaik untukku.

Sebak bile dibuat demikian dihiraukan, dikutuk dan dihina. Allahu'akbar hanya Allah saja tahu sakitnye hati hambaNya ini. Menangis selama beberapa hari kerana kawan tidak menerima kekurangan diriku. Persoalannya adakah ini yg dikatakan 'kawan dunia akhirat' atau 'kawan sejati'? Tidak, mereka tidak layak mendapat gelaran itu. Sungguh kini aku lebih berhati hati memilih kawan, bak kata pepatah "jangan biarkan pisang berbuah dua kali".

Aku berharap kelak, kau merasakan apa yg aku rasa betapa peritnye ape yg aku lalui. Tidak mengatakan yg kau sudah melaluinye, kerana ini lebih memeritkan. Ini bukanlah satu doa yg tidak baik, tapi ini adalah doa seorang hamba Allah yg teraniaya. Allah maha Adil, lagi maha penyanyang.

"Jangan hina, kutuk atau memburuk burukkan kawan, takot nanti pada padang masyar, merangkak bawah matahari yg sangat terik yg bole mengelegakkan otak, mencari kawan yg kite mengatakan tadi. Pinta diampunkan, sayang takot tak diampunkan".